Rabu, 31 Ogos 2016

Khasiat Shaklee Product

Assalamualaikum w.b.t~

     Bismillahirahmanirahim~ sudah berapa kali beta mengulang-type article ini akibat kesewelan hp beta ini, biarkan laa, ini semua dugaan, so sebelum beta beradu atau lupa, beta ingin share khasiat shaklee product yg beta consume ni. (Sila baca senarai khasiat di bawah).

Sebab beta cuma consume dua, so beta share dua product dulu ya? (Tiba-tiba pulak lidah gue pelat)

1) ESP :
1. Kulit anjal dan gebu.
2. Memudarkan parut.
3. Mengawal pertumbuhan jerawat.
4. Menguatkan akar rambut & mengurangkan keguguran rambut.
5. Menguatkan fungsi hormon wanita.
6. Kulit tegang sihat.
7. Memberi tenaga sepanjang masa.
8. Menguatkan ingatan.
9. Menyembuhkan luka.
10. Melindungi dan menjaga rahim.
11. Menghalang sel kanser.
12. Mengurangkan risiko kanser payudara.
13. Menyokong sistem imunisasi badan.
14. Mengandungi protein lengkap.

2) VITAMIN C PLUS :
1. Membentuk kolagen dalam kulit.
2. Kulit tegang, cerah & glowing.
3. Awet muda.
4. Merawat masalah jeragat, jerawat pasir & batu.
5. Merawat whiteheads & blackheads.
6. Merawat masalah allergic, resdung & eczema.
7. Merawat masalah parut jerawat.
8. Memudahkan proses penghadaman.
9. Merawat kulit sensitif.

Hope apa yang beta share ni membantu menangani masalah kulit anda. Bukan sekadar untuk kecantikan tetapi juga mengekalkan kesihatan. Renung-renungkan lah ya! (maka raja domokun pun masuk beradu..huhuhu)

Sekian,
DOMOKUN COMEL.







Sihat dengan vitamin

Assalamualaikum w.b.t~

     Maaf, sebab lama sangat tinggalkn anda semuaa, beta sedang ada krisis dengan masa, biasa la masa, dia sentiasa mencemburui aku, kau, dan kita semua, ahh biar kn laa dia, nii aku nak share vitamin yang aku dah janji haritu. Soo.. ni laa diaa!!! Tadaa!! (Sila tengok gambar di bawah)


     Nahh, aku amik satu set sekali, sesuai untuk minah yang malas diet tapi nak kurus macam aku ni, yang nak kulit gebu gebas tapi malas conteng-conteng muka macam aku ni, aku dah consume bende ni 3 bulan.

     Alhamdulillah, selepas aku consume je aku terus in love dengan this product, terus aku register ahli, terus aku ter-promote, terus member aku ter-beli, terus aku jadi distributor, tulaa aku pun tak faham kenapa semua harus "ter"?? (Abaikan, benda dah nak jadi kan?)

Bawah ni aku sertakan gambar dan contact, sebarang kemusykilan boleh terus ws beta ke nombor sekian-sekian di bawah ini, kalau tanak beli pun takpe, ushar-ushar je (apa-apa boleh roger, harga kasih sayang kekal abadi ye)^^

*maaf, contact no tu tak guna dah, this my new contact no : 011-36145326 (WhatsApp/Telegram)

nantikan next update dari beta yaa wahai pembaca misteri kesayangan beta sekalian.

Sekian,
DOMOKUN COMEL.





Sabtu, 27 Ogos 2016

Ubat atau Vitamin?

Assalamualaikum w.b.t dearest~


     Refer to the title, mana satu anda pilih? Kalau aku laa kan, aku pilih vitamin, bukan sebab aku tak suka makan ubat, kalau ikutkan, segala jenis pil pun aku tak mahu telan.

     Sejak daripada kecil lagi antibody aku kuat, aku susah nak sakit, sebab mak aku jaga sangat aku time tu, pasal tu aku tak suka makan ubat, sehingga laa adik aku yang duk hostel tu kene demam campak, pastu dia terpaksa berehat kat rumah, dan..... di situ laa bermulanya sejarah peperangaan antara bacteria baik menentang bacteria jahat, di mana bacteria baik tewas dan menyebabkan antibody aku lemahh~

     Kemudian aku dirasuk bermacam-macam penyakit, salah satunya alahan pada seafood, bukan aku tak pernah cuba makan seafood selepas makan ubat allergic tapi selepas tu bibir dan kulit aku gatal dan membengkak seperti digigit nyamuk, sampai laa jumpa vitamin yang sesuai dengan aku.

      Untuk kulit sensitive macam aku ni, sabun-sabun mmg tak sesuai, malah makin teruk lagi ada, cakap je sesuai untuk semua kulit, rugi je beli mahal-mahal, ubat-ubatan pula sudah tiada makna lagi dalam hidup aku, dulu segala pil antibiotics, painkillers, allergic aku telan, sampai kan aku tak rasa apa bila makan painkillers biasa, doc terpaksa tambahkn dose, kini tidak lagi sebab aku dah jumpa vitamin yang sesuai dengan aku, sedap pn sedap, vitamin apa? Nanti esok-esok aku share nahh~

Sekian.
DOMOKUN COMEL.

Ahad, 21 Ogos 2016

The wishes and the gifts

Assalamualaikum gais~

      Yesterday I celebrate my birthday, wahhh terharu sangat sebab dah tua-tua ni pun still dapat hadiah jugaa, tak pernah kisah pun dapat hadiah ke tak, yang penting orang ingat, tu pun dah cukup.

Nahh belanja 3 pic :


Mye konon.. d spelling should be Mai, apelaa bapak aku ni, haha..

A gifts from fmily mem..

Okay dalam birthday card tu dia punya ayat too touching, so biar la rahsiaa..

     Feel blessed sebab still diberi kesempatan untuk celebrate birthday party in this age, haha, seriously, rasa tua sangat sebab member-member semua pakat kahwin awal, lagi-lagi bila masing-masing dah jadi mak-mak, sape yang tak jeles kan, pape punn d wish for this year, aku harap one fine day dapat join their "Young wife" group bila tiba masanyaa, Aminn..

Sekian.

DOMOKUN COMEL.

Sabtu, 20 Ogos 2016

My Cats Big Family

Assalamualaikum w.b.t reader~

     Sorry gais tadi busy sikit, tadi janji nak bagitahu kann sebab ape anak aku nama Rango, okay laaa Rango tu sebenarnyaa nama anak kucing aku. Adik aku yang bagi nama tu dekat kucing aku, tatao sebab apa, so memandangkan aku main game "My Talking Tom" so aku kutip laa nama kucing aku and bagi kat anak aku si Tom tu jadik Rango tuuu. Haa tu jelaaa alkisahnyaa.

                            Usia 2 bulan.

Usia 3 bulan.

     Haa.. ni laaa Rango.. our family maine coon cat, usia diaa baru 3 bulan sekarang, d 2nd pic tu yang latest one, dia lahir 1 Mac, berat dia 2kg. Spesis dia ni memang besar, tambah lagi kitorang bagi dia makan daging ayam, potong dadu kecik2 pastu bagi dia makan. Harga diaa kat kedai klu ikutkan lagi mahal tapi taukey tu bagi rm700 je. Beli budak ni pn sebab kitaorng sedih sangat selepas pemergian Baby dan anak-anaknyaa. Actually baby bukan pergi sendiri tapi my dad buang dia kat pasar sebab dia nakal sangat.

Bobby and the geng.

     Ni laa anak-anak Baby. Masing2 dah bujang. Yang berdiri tu laa paling hero, nama dia Bobby, yang pandang sini tu Kembar Bobby dan Buncit, yang pandang sebelah sana tu pulak Rimau dengan Mohsen. Masa kitorang kutip Baby, Baby pregnant time tu, so this is the 1st birth to our family, the 2nd birth, Baby lahirkan 6 ekor pulak, yang sempat hidup Kembar Mohsen jelaa. Yang lain semuaa meninggal sbb kekurangan susu, mana tak nyee, bila anak-anak nak susu je, time tu laa dia nak mengorat kucing jiran sebelah. Sebab tu ta sempat nak bubuh nama kat anak-anak dia.

Comel before dia meninggal.

Kembar Mohsen.

Baby n anak-anak 2nd birth diaa.

       Okayy lahh sampaii sini je citer pasal family kucing. Kalau ikutkan banyak lagi kucing kami yang aku tak share, Nyon2, Bubu, Sesat, Pejabat, Penyamun, Rex, Q-be, oyen. Tapi tulaah masa tak mengizinkan aku rehat lama-lama. Ada masa aku update post lagi erk. Assalam~

Sekian.

DOMOKUN COMEL.




Jumaat, 19 Ogos 2016

It's My Birthday

Assalamualaikum w.b.t and moshi-moshi~

     Today is my birthday and im now officially 23 years old, yang tak boleh belah tu kan, semalam aku wish birthday member aku on August 19th, aku kutuk-kutuk cakap dia dah tua, so ayat dia bunyi camni "wuu~ tua dah kau, boifen dah ada, bila nak kawin?" padahal sebaya aku tu, pastu kitorang sembang pasal future, tuptup, dia senyap, sekali dia baling balik ayat aku bagi kat diaa tu, gedebuk benda tu jatuh atas aku, aku pun tadah jelaa, redhoo gitu, rupanyaa dah masuk pukul 12a.m dahh, masuk date 20th august dah, birthday aku letuw, time tu aku rasa babun sangat sebab aku lupa esoknya birthday aku, wuu~ aku lupa diri sebab seronok sangat bash macik tu, sampaikan anak aku si rango terbiar, siap budak tu boleh tanya aku lagi, "why u no care me?" Sedih aku dengar, btw~ today is my birthday, i forgive u macik, and tqvm sbb sudi wish and bahan aku, haha.

Haa.. ni laa anak aku, nama dia rango, sebab apa rango? Nanti aku citer lain erk.

Sekian,

DOMOKUN COMEL.

Blog baru ketigaa

Assalamualaikum w.b.t~

     Tajuk article ialah blog baru ketiga. Kenapa ketiga?? Sbb dah tiga kali dah buat blog, huhu, actually aku mmg someone yang boleh kata "buta IT", zaman dulu2 pernah ada 2 blog, blog pertama tu aku lupa password, begitu jugaa blog yg seterusnyaa, and this is the third one, haihhh~ kenapa buat blog kalau dah tao "buta IT" kak oii? (Sedar diri punn?? Haishhh.. biar laa) sebab that time, aku ikut member, sekarang ni aku nak buat blog sebab aku nak belajar, lagipun aku rasa kisah hidup aku ni dah macam cerita dalam novel, so benda kalau menarik and bermanfaat why not share kan? Mana laaa tao one day aku tetibaa jadi penulis tersohor ke? (Uwerkk~ ) haha so, nantikan next update.

Sekian,

DOMOKUN COMEL.