Sabtu, 20 Ogos 2016

My Cats Big Family

Assalamualaikum w.b.t reader~

     Sorry gais tadi busy sikit, tadi janji nak bagitahu kann sebab ape anak aku nama Rango, okay laaa Rango tu sebenarnyaa nama anak kucing aku. Adik aku yang bagi nama tu dekat kucing aku, tatao sebab apa, so memandangkan aku main game "My Talking Tom" so aku kutip laa nama kucing aku and bagi kat anak aku si Tom tu jadik Rango tuuu. Haa tu jelaaa alkisahnyaa.

                            Usia 2 bulan.

Usia 3 bulan.

     Haa.. ni laaa Rango.. our family maine coon cat, usia diaa baru 3 bulan sekarang, d 2nd pic tu yang latest one, dia lahir 1 Mac, berat dia 2kg. Spesis dia ni memang besar, tambah lagi kitorang bagi dia makan daging ayam, potong dadu kecik2 pastu bagi dia makan. Harga diaa kat kedai klu ikutkan lagi mahal tapi taukey tu bagi rm700 je. Beli budak ni pn sebab kitaorng sedih sangat selepas pemergian Baby dan anak-anaknyaa. Actually baby bukan pergi sendiri tapi my dad buang dia kat pasar sebab dia nakal sangat.

Bobby and the geng.

     Ni laa anak-anak Baby. Masing2 dah bujang. Yang berdiri tu laa paling hero, nama dia Bobby, yang pandang sini tu Kembar Bobby dan Buncit, yang pandang sebelah sana tu pulak Rimau dengan Mohsen. Masa kitorang kutip Baby, Baby pregnant time tu, so this is the 1st birth to our family, the 2nd birth, Baby lahirkan 6 ekor pulak, yang sempat hidup Kembar Mohsen jelaa. Yang lain semuaa meninggal sbb kekurangan susu, mana tak nyee, bila anak-anak nak susu je, time tu laa dia nak mengorat kucing jiran sebelah. Sebab tu ta sempat nak bubuh nama kat anak-anak dia.

Comel before dia meninggal.

Kembar Mohsen.

Baby n anak-anak 2nd birth diaa.

       Okayy lahh sampaii sini je citer pasal family kucing. Kalau ikutkan banyak lagi kucing kami yang aku tak share, Nyon2, Bubu, Sesat, Pejabat, Penyamun, Rex, Q-be, oyen. Tapi tulaah masa tak mengizinkan aku rehat lama-lama. Ada masa aku update post lagi erk. Assalam~

Sekian.

DOMOKUN COMEL.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan